Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Kami dipaksa menipu.." Tidak tahan, guru nekad bersara awal dan dedahkan sisi gelap sistem pendidikan

Sistem pendidikan sekarang yang tiada hala tuju membuatkan ramai guru seolah-olah sudah tidak ada jiwa untuk mengajar dan ramai yang mengambil keputusan untuk bersara awal.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas guru bahasa Inggeris kepada portal Majoriti, Wan Maizura Kamaruddin yang nekad untuk bersara awal ketika umurnya hanya 53 tahun.

Walaupun masih berbaki 7 tahun lagi, Wan Maizura yang tidak pernah terbayangkan untuk bersara awal berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas merasakan dirinya tidak lagi mampu mengikut sistem pendidikan sedia ada.

"Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pemansuhan peperiksaan.

"Kadang-kadang saya terpaksa menipu dan memberi markah tahap penguasaan murid walaupun budak itu tidak tahu membaca," dedah Wan Maizura.

Ini kerana, ada pihak yang takut jika kena minta surat tunjuk sebab. Bahkan, majoritinya menipu demi mahu dapatkan data yang cantik.

Menurut sumber, Wan Maizura telah mendedahkan hal yang mengejutan orang ramai yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Presint 16(1), Putrajaya.

Lebih teruk, kebebasan bersuara dalam kalangan guru juga seolah-olah disekat kerana perlu selari dengan pendapat pihak tertentu seperti guru besar dan jika tidak, akan ditukar atau diambil tindakan.

Menceritakan pengalamannya sendiri, Wan Maizura berkata dia pernah bersuara mengenai pihak atasan.

Dan salah laku guru besar tetapi tidak diendahkan malah dia sendiri yang terpaksa menanggung akibat hingga ditukar mengajar ke kelas bawah.

"Bila guru besar dah tak suka saya, apa lagi boleh dibuat. Lebih baik saya berhenti. Bagi saya ketiadaan hak bersuara ini sesuatu yang sangat tidak profesional," luahnya lagi.

Karenah birokrasi apabila terlalu banyak aktiviti yang ingin dilakukan di sekolah juga menjadi punca tekanan yang dihadapi oleh para guru ketika ini.

"Bertahun-tahun kami (guru-guru) terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk aktiviti-aktiviti yang tidak relevan sebaliknya hanya mahu ditunjuk kepada Nazir Sekolah dan pihak jabatan yang datang melawat.

"Bila kita tanya, kita diminta untuk buat sahaja dan dimomokkan dengan alasan bersedekah dan keberkatan kerja," tambahnya.



Menurutnya lagi, arahan dari Kementerian Pendidikan (KPM), turun ke Jabatan Pendidikan Negara (JPN) dan beberapa lagi pihak sehinggalah ke sekolah semuanya berubah-ubah dan berbeza.

"Setiap arahan dari atasan bila turun ke bawah semakin bertambah. Saya sifatkan ini dengan istilah 'little napoleon' di mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di ubat untuk mengikut KPI yang diperlukan pihak tertentu.

"Mereka pula yang tentukan KPI untuk kepentingan diri sendiri dan akhirnya guru terpaksa ikut.

"Jadi keseronokan untuk mengajar itu telah tiada dan ditarik oleh sistem pendidikan sebegini," jelasnya yang memilih untuk bersara pada 1 September tahun lalu.

Wan Maizura turut mempersoalkan peranan PTD yang tidak mempunyai asas perguruan tetapi menggalas tugas untuk menetapkan KPI guru.

PTD juga akan meminta untuk melakukan bermacam-macam program semata-mata untuk mencapai KPI mereka di kementerian.

"Saya boleh mengajar dari pagi sampai ke petang tetapi saya tidak akan kembali berkhidmat jika sistem pendidikan tidak diubah".

"Saya ini seorang yang 'gila' mengajar. Tetapi bila ada arahan bertindih sampaikan kena kerja pada pukul 10 malam, awal pagi kena masukkan data, ini yang kita tak mampu ikut," tegasnya.

Sebagai seorang guru yang telah lama mengajar, Wan Maizura juga dedahkan bahawa dia mempunyai modul pengajaran yang boleh meningkatkan kualiti murid.

Tetapi sayangnya ia tidak diiktiraf sebaliknya perlu mengikut arahan yang lebih menjurus kepada kepentingan pihak tertentu.

"Kita nak mengajar untuk memanusiakan budak-budak. Kenapa kita nak mengajar mengikut KPI orang tertentu? Mereka hanya mahukan data yang cantik," keluhnya kecewa dan nekad untuk bersara.

SUMBER : Odisi

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.


Posting Komentar untuk ""Kami dipaksa menipu.." Tidak tahan, guru nekad bersara awal dan dedahkan sisi gelap sistem pendidikan"