Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

[Terkini] Gadis Bertuah Dilamar Jejaka Arab Mnarik Tmpuan Rmai,Terima RM450K Sbgai Mas Kahwin.


Benarlah orang kata, kalau jodoh tak akan ke mana. Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada gadis asal Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara apabila dilamar oleh jejaka dari Arab Saudi.

Nilai mas kahwin Iuar biasa!

Apa yang mencu.ri perhatian ramai adalah mas kahwin yang diberikan apabila bernilai 1.52 bilion rupiah atau RM450,000.

Sudah berkenalan selama 4 tahun.

Menerusi Iaporan dari Tribun News, kisah pasangan yang akan mendirikan rumah tangga pada Disember ini telah tular di media sosi4l selepas keluarga lelaki datang ke lndonesia untuk melamar gadis tersebut.

Menurut bapa kepada gadis yang dikenali sebagai Dr. Dilla Faradhilla, anaknya telah berkenalan dengan jejaka berasal dari Jeddah ini ketika menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China.

“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.

“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ra.gu-ra.gu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.

“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya,” katanya.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.

Dr. Ahmed juga akan menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta dan keluarganya turut perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.



Posting Komentar untuk "[Terkini] Gadis Bertuah Dilamar Jejaka Arab Mnarik Tmpuan Rmai,Terima RM450K Sbgai Mas Kahwin."