Beri alasan untuk mengurut, janda anak 5 kantoi berkhalwat dengan warga Bangladesh
Janda anak lima dicekup berkha1wat
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, wanita berstatus janda berusia 51 tahun ditahan anggotanya kerana disyaki berdua-duaan dengan lelaki terbabit dalam sebuah bilik motel berkenaan.
Beliau berkata, wanita dari daerah itu mempunyai lima anak dicekup berkhalwat pada jam 12.40 tengah malam, semalam.
Katanya, lelaki warga Bangladesh berusia sekitar 30-an itu menetap di Sungai Petani dan hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri mengundang syak mereka disyaki berkhalwat.
Anwar Sharifuddin berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan.
Pasangan muda ditangkap berkhalwat
Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan, seorang lelaki dicekup berkhalwat bersama pasangannya tanpa sebarang ikatan suami isteri di sebuah bilik di hotel sama pada jam 1.10 pagi.
Katanya, lelaki berusia 25 tahun yang berasal dari Perak itu ditahan berdua-duaan dalam bilik itu bersama pasangannya berusia 24 tahun yang menetap di daerah ini.
Beliau berkata, mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014
Dengan itu, dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Tambahnya lagi, pemeriksaan cegah jenayah syariah itu dilakukan di kawasan tumpuan yang kerap menjadi lokasi pasangan bukan mahram menyewa di daerah ini.
SUMBER : hm
Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.
Posting Komentar untuk "Beri alasan untuk mengurut, janda anak 5 kantoi berkhalwat dengan warga Bangladesh"