Penyewa Dari Neraka | Nyawa Suami Isteri Diragut Selepas Rumah Disewa Warga Asing
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten komsioner Baharudin Mat Taib berkata pada jam 5.50 pagi, juruteknik itu terjumpa beg berwarna perang yang mempunyai kesan darah serta bau busuk dipercayai bau mayat manusia. Polis juga memaklumkan pengadu dan rakan sekerja terhidu bau busuk dari beg pakaian yang terbuka sedikit di dalam parit. Pengadu terus turun ke dalam parit untuk melihat beg tersebut sebelum terlihat bentuk badan manusia dan terus menghubungi pihak polis.
Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan Unit Anjing K9 telah digerakkan ke lokasi, mayat wanita itu dijumpai di dalam parit sedalam 2.75 meter di tepi jalan Persiaran Kuala Selangor arah ke Shah Alam, kira-kira 200 meter dari simpang tiga lampu isyarat dengan Jalan Persiaran Klang
Mayat wanita itu disorok di dalam beg pakaian jenama Safari yang berukuran tebal 11 inci, lebar 17 inci dan panjang 0.6 meter. Dalam beg tersebut terdapat kepala manusia di dalam beg plastik hitam, manakala badan yang sempurna di dalam bagasi, mayat itu juga lengkap berpakaian bercorak bunga di samping di tangan terlihat gelang halus kuning.
Mayat wanita berkenaan disyaki dikerat-kerat dengan beberapa bahagian, kulit mayat berwarna cerah, dan bangsa serta usia masih tidak dikenal pasti, forensik mengesahkan mayat telah dibxnuh kira-kira 3 hari lalu. Mayat itu juga tiada dokumen bersama dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati 13 kesan tikxman di dada dan perut selain kesan kxlar pd leher. Pihak polis mengesahkan mangsa dikenali sebagai Tan Siew Mee 52, bekerja sebagai pngurus di pusat beli belah di Subang Jaya. Polis berkata barang berharga seperti cincin masih berada di jari mangsa sekaligus mendakwa mangsa bukan dirompak.
Mangsa berasal dari Kedah dan tidak mempunyai anak serta tinggal di kondominium di Subang Jaya bersama suaminya bernama Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe 79. Yang menyedihkan mayat mangsa sehingga kini tidak dituntut kerana suaminya gagal dikesan oleh pihak polis.
Pada 29 Ogos 2019 sekitar jam 5 petang polis telah menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki di longkang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah. Lebih mengejutkan mayat itu adalah suami kepada mangsa wanita yang disumbat dalam bagasi tadi.
Mayat lelaki itu dikenali sebagai Lim Ah Kee @ Lim Kok hoe berusia 79 tahun, jarak penemuan kedua mayat mereka ditemui kira-kira 3 kilometer berasingan. Selang beberapa jam polis telah menahan suspek warga asing berasal dari India, kedua-dua suspek ditahan di sekitar Kota Kemuning Shah Alam.
Sebelum suspek dibawa menunjukkan lokasi mayat Lim dicampak dan dibuang, soal siasat juga mendapati suspek membuang senjata yang digunakan untuk membxnuh pasangan itu di lokasi berasingan. Pihak polis juga giat menjalankan pencarian senjata yang dibuang oleh suspek.
Kedua-dua suspek dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bermula 30 Ogos 2019, kes telah disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan. Kedua-dua suspek juga sebenarnya adalah penyewa di rumah pasangan suami isteri itu.
Pasangan itu berkali-kali meminta duit sewa daripada suspek namun mereka enggan membayarnya, kedua-dua suspek tinggal bersama pasangan suami isteri itu di kondominium di Subang Jaya. Difahamkan pasangan suami isteri itu hidup dalam keadaan susah sehingga menyebabkan mereka menyewakan rumah itu kepada warga asing.
Kejadian Malam Pembxnuhan
Hasil bedah siasat mendapati mangsa Lim Ah Kee berumur 79 tahun ditikam 7 kali di perut dengan menggunakan pisau lipat selain dikxlar pada malam 23 Ogos 2019 di kediamannya di kondominium di Subang Jaya. Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, mangsa dipercayai dibxnuh di ruang tamu sebelum isteri mangsa Tan Siew mengetahui suaminya dibxnuh selepas pulang ke kndominium berkenaan pada jam 2 pagi.
Selepas Tan mengetahui suaminya dibxnuh dan mayatnya dibuang, Tan dan kedua-dua susek berlaku sedikit kekecohan sebelum dia turut dibxnuh dengan cara sama iaitu ditikam dan dikxlar sebelum disumbat di dalam beg bagasi. Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun merupakan adik beradik menetap di kondominium berkenaan kira-kira setahun yang lalu.
Berdasarkan siasatan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat sama di Subang Jaya, polis juga telah menjumpai lokasi pisau yang dibuang untuk membxnuh mangsa. Polis percaya kes ini dikira sudah selesai dengan penangkapan kedua-dua suspek yang kini dalam tahanan reman selama 7 hari bermula 30 ogos 2019.
Suspek membawa bagasi menggunakan motosikal jenama Honda EX5 untuk dibuang ke dalam longkang di dua lokasi berlainan. Tindakan pantas pegawai dan anggota IPD Subang Jaya memudahkan proses tangkapan kedua-dua suspek yang cuba untuk melarikan diri ke luar negeri.
Pendakwaan di Mahkamah
Pada 5 September 2019, dua beradik warga India itu yang juga suspek kes ini dilanjutkan reman 7 hari lagi sehingga 12 September 2019. Pihak polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum kertas pertuduhan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Pada 17 September 2019 kedua-dua suspek didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, kedua-dua tertuduh ialah Sagar Sharma 24, Shubham Sharma 19 mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa inggeris.
Walaubagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka yang dilihat tenang dalam kandang tertuduh, kes bxnuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman mati.
Pendakwaan kes dijalankan di hadapan majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.
Kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Gerard Lazarus dan Gabriel Susayan, dan tiada jaminan diberikan kepada dua-dua tertuduh. Kes ini masih dijalankan di mahakamh dan berlaku beberapa penangguhan kerana perintah kawalan pergerakan.
Mari kita doakan supaya kes ini dapat diselesaikan dan mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
#peringatan kepada warga asing, Malaysia sememangnya antara negara ketiga sibuk dengan pekerja warga asing, kehadiran anda dialu-alukan jika untuk mencari rezeki, namun rakyat Malaysia sesekali tidak menyokong sikap atau perbuatan jenayah anda dilakukan di negara ini tambahan rakyat Malaysia menjadi mangsa di tangan anda. Fikir sbelum bertindak!
Posting Komentar untuk "Penyewa Dari Neraka | Nyawa Suami Isteri Diragut Selepas Rumah Disewa Warga Asing"