“Dia m4ki hamun dan p.ukul kepala saya” – Coki Dakwa Pernah Jadi Magsa Wanita Rambut Pink, Lufya Omar Dedah Pernah Ditawarkan Kerja
Antara yang mencuri tumpuan tentunya ciapan pada 18 Jun lalu yang berkisar mengenai topik tekanan perasaan, gangguan s.ihir dan cubaan bu.nuh diri.
Dalam perkongsian panjang lebar, dia mengakui rutin hidupnya terganggu dan hampir mencederakan diri sendiri gara-gara mengalami bisikan misteri.
“Pernah tak korang dibu.li sehingga depresi dan hendak membunuh diri? Ini pengalaman gelap yang saya pernah lalui sebelum ini.
“Ya, membunuh diri. Saya penipu, saya menyihir bekas suami, saya ini, saya itu. Bukan setakat ‘disiber buli’, malah maklumat tentang alamat rumah dan keluarga saya juga diganggu kacau.
“Memang ketika ini, saya memang sukar untuk tidur dan serba serbi tidak kena pada rutin kehidupan saya. Saya pun hampir mengelar tangan kiri saya dek kerana ada suara berbisik untuk melakukan hal demikian.
“Saya bergantung pada ubat-ubatan dalam tempoh yang lama untuk melegakan perasaan yang berkecamuk ini,” ujarnya dalam siri ciapan berkenaan.
Menurut wanita itu lagi, dia juga tertekan dengan tuduhan pihak tertentu yang mengaitkannya dengan gelaran kaki sihir, scammer mandul dan macam-macam lagi.
Selain dipulaukan, dia juga mengakui perniagaannya jatuh teruk dan mengalami kerugian kerana menjadi mangsa buli siber.
“Ganggu siber, hina ibu bapa saya, dedahkan maklumat peribadi saya kepada umum, ini sangat sangat melampau. Masa ini, semua yang rapat juga menjauhkan diri daripada saya. Kaki sihir, santau, sc4mmer, m4ndul itu ini, semuanya dituduh saya.
“Bukan sekadar itu, perniagaan saya jatuh sangat teruk. Kerugian keseluruhan saya hampir satu juta ketika perniagaan saya merosot.
Komen netizen di laman Twitter yang berang dengan kejadian berkenaan.
“Sudahlah mental tidak stabil, sumber pendapatan saya juga hilang. Boleh tak bayangkan berapa teruknya keadaan saya ketika itu?
“Siber bu.li ini sangat b4haya, tak semua orang kuat untuk menghadapinya. Tips paling perlu dibuat untuk mengurangkan impak siber buli ini adalah dengan mengelakkan untuk membuka sosial media.
“Jangan buka langsung. Jaga kesihatan ment4l anda. Semoga tuhan permudahkan segala urusan,” tulisnya lagi.
Tweet berkenaan yang seolah-olah agak sepi sejak dikongsi pada Jun lalu mula mendapat respons orang ramai selepas video kes dera itu tersebar awal hari ini.
Saya pun hampir mengelar tangan kiri saya dek kerana ada suara berbisik untuk melakukan hal demikian.
Rata-rata netizen mengecam wanita itu dan berharap agar dia dikenakan hukuman setimpal atas tindakan keji yang dilakukannya.
“Kalau kau ada masa lampau yang teruk, jangan jadikan orang lain sebagai mangsa. Adakah dengan perbuatan memukul boleh membalas atau melepaskan amarah kau yang dahulu, tidak akan dan tidak boleh. Aku harap dia ni kena tindakan tegas, come on Law Malaysia tegas sikit
“Kamu dibuli sehingga depresi dan kesannya sekarang, kamu dera budak kecil? Moga kamu mereput dalam neraka.
“Betul ke awak buli anak angkat awak? Jangan gunakan alasan depresi kalau awak dah mendera seorang budak yang tak bersalah,” tulis beberapa netizen.
Lufya Omar kenal wanita der4 kanak-kanak, rupanya pernah alami tek4nan dalam perniagaan
MENGENALI secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.
Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kej4m melakukan penderaan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.
“Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.
Lufya dedahkan wanita dera kanak-kanak itu alami tekanan.
“Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.
“Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada mStar.
Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.
Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.
“Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.
“Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.
Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga
“Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah,” jelasnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.
Wanita dera kanak-kanak empat tahun sudah direman tujuh hari.
“Dia m4ki hamun dan p.ukul kepala saya” – Coki dakwa pernah jadi magsa wanita rambut pink, saksi budak 4 tahun didera
PERSONALITI media sosial, Coki mendedahkan dia pernah menjadi saksi dan melihat sendiri kanak-kanak berusia empat tahun bernama Alia didera oleh wanita dikenali sebagai Myra Khan.
Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, dia mula mengenali wanita itu selepas menerima tawaran untuk melakukan promosi sebuah produk kosmetik.
Kata Coki lagi, dia juga pernah menjadi mangsa kekerasan Myra apabila dipukul dibahagian kepala selain dimaki dengan kata-kata kesat.
“Saya tinggal di rumah dia dengan beberapa orang pekerja lain. Rupa-rupanya mereka juga menjadi mangsa dan tidak pernah dibayar gaji selepas beberapa bulan bekerja.
“Saya menyaksikan sendiri Alia didera oleh Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan. Katanya jangan manjakan kanak-kanak itu kerana dia anak angkat.
“Saya sudah mula rasa tidak sedap hati dan mengajak pekerja lain untuk keluar minum dan ternyata mereka juga adalah mangsa.
“Apabila kami pulang, Myra panggil kami semua berkumpul. Dia maki hamun dan pukul kepala saya. Selepas itu saya terus keluar dari rumah tersebut,” katanya kepada mStar.
Perbuatan dera terhadap Alia juga dikatakan sudah beberapa kali berlaku dan Coki sendiri melihat keadaan anak kecil itu tidak terurus sejak pertama kali berjumpa.
Sementara itu, Coki memberitahu dia dan rakan-rakannya yang turut tinggal di rumah tersebut telah mengumpul bukti kukuh dan mencari masa sesuai untuk membuat laporan polis.
Saya menyaksikan sendiri Alia didera oleh Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan
“Sejak mula saya nampak Alia sudah seperti tidak terurus selain ada kesan lebam pada bahagian betis. Badannya juga kurus.
“Sebelum ini rakan-rakan saya yang lain menunggu masa sesuai untuk membuat laporan polis dan mereka juga cuba kumpul bukti kukuh.
“Saya pula enggan buat laporan polis atas perbuatan memukul saya kerana mengganggap dia akan dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Terbukti hari ini dia sudah ditahan polis,” jelasnya yang bersedia menjadi saksi jika dipanggil pihak berkuasa bagi membela nasib kanak-kanak tersebut.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.
tmk2
Mangsa telah diselamatkan polis dan dua suspek juga telah ditahan pada Jumaat.
“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura.
“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Posting Komentar untuk "“Dia m4ki hamun dan p.ukul kepala saya” – Coki Dakwa Pernah Jadi Magsa Wanita Rambut Pink, Lufya Omar Dedah Pernah Ditawarkan Kerja"