Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Mak angkat minta maaf, tak ada niat dera Alia -“Nak dia makan, takut kurang zat”

Menurut laporan dari Berita Harian, pasangan tersebut memaklumkan yang mereka tidak mempunyai niat memperlakukan anak angkat mereka sebegitu rupa kerana hanya inginkan kanak-kanak tersebut makan makanan berzat memandangkan mangsa tidak mahu menjamah nasi.

Semasa prosiding kes itu juga, mereka telah meminta maaf diatas keterlanjuran yang dilakukan sehingga mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak terbabit.



Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, kami cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, kami takut dia mengalami masalah kurang zat makanan,” kata Amira.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara yang maksimum sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Tambahnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan zalim itu sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian badan, tangan dan kaki mangsa sejak April hingga Julai.



Kanak-kanak itu masih kecil tapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh iaitu enggan makan nasi.

“Saya percaya kejadian itu akan menyebabkan mangsa mengalami trauma seumur hidupnya,” katanya.

Selain itu, Muhammad Fitri juga telah didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh mahkamah sama selepas didapati tinggal lebih tempoh yang dibenarkan di Malaysia pada 22 Julai lalu jam 2.30 pagi.


Terdahulu, video seorang wanita memukul anak angkatnya dengan batang penyapu dan penyangkut baju telah tular di media sosial dipercayai kerana kanak-kanak tersebut enggan makan nasi.



Difahamkan juga, kanak-kanak dikenali sebagai Alia itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan ibunya merupakan seorang warganegara Indonesia.

Posting Komentar untuk "Mak angkat minta maaf, tak ada niat dera Alia -“Nak dia makan, takut kurang zat”"