Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Anwar Mahu Syed Mokhtar ‘Henti Hisap D4rah’ Pesawah Miskin. Tapi Tak Ramai Tahu Kebaikan Tan Sri Syed Bukhari Selama Ini


Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan gesaan yang pernah disuarakannya enam bulan lalu, iaitu agar

Padiberas Nasional Bhd (Bernas) berkongsi keuntungan dengan pesawah miskin di negara ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

                 

Anwar berkata dia memahami Syed Mokhtar mungkin masih ada baki pembayaran untuk dibuat berkaitan pembelian pegangan itu, pada masa sama menegaskan kerajaan tidak akan benarkan “pembolotan kekayaan” oleh ahli politik dan kalangan yang dekat dengan mereka dengan “menghisap darah pesawah padi yang miskin”.

“Ini yang kita katakan tata kelola (governance), bukan slogan Melayu dan Islam (sahaja) tetapi pelaksanaan (dasar),” katanya lagi.

Berkenaan kekurangan bekalan telur, Anwar berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan langkah untuk menjamin bekalan mencukupi dengan harga lebih rendah, esok.

Katanya, ia dilakukan dengan mengurangkan kebergantungan terhadap “kartel”.

KEBAIKAN TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY YANG TIDAK DIDENDANG

Mari kita ikuti kisah yang diceritakan pegawai khas BERNAS mengenai kisah tokoh jutawan di Malaysia ini
(Baca sampai habis)

Ramai tak kenal TS Syed Mokhtar.

Dan saya tahu, dia tak suka kebaikannya diceritakan.

Baginya, biarlah “No Profile”.

Tapi sebagai Muslim dan rakyat Malaysia, saya rasa bersalah sangat kalau tak cerita.

Anggaplah ini juga usaha kecil saya, dan ini bukan kenyataan bersifat politik atau apa-apa.

Keuntungan Import Beras pada tahun 2021 hanyalah RM7 juta. Maka apabila diminta RM50 juta, saya sedih sangat, kerana anda pun boleh berfikir.

Tahun 2020-2021 inilah, Malaysia berjaya menghadapi ketidakstabilan pasaran beras dunia.

Kita sebagai pengguna tak rasa apa-apa kan sewaktu COVID-19? Kerana ada negarawan dan mereka yang membanting tulang untuk pastikan kelansungan makanan asasi ini.

Kos “Freight” keterlaluan semasa COVID, sangat!

Namun, harga beras di negara kita tidak meningkat.

Beras cukup dalam negara hasil stockpile dan perancangan awal dibuat.

Tidak berlaku isu kenaikan harga melampau dan barang tak cukup seperti telur dan ayam.

Pada tahun 2009, syarikat pelaburan dari Hong Kong iaitu Wang Tak Co Ltd telah berjaya membeli 31.5% pegangan saham syarikat Import Beras ini melalui Bursa Malaysia.

Negarawan inilah yang telah membeli balik aset kepentingan negara, kembali kepada rakyat Malaysia.

Dari untung yang kecil ini juga, Tan Sri telah membelanjakan RM2 juta sebulan bagi hampir 20,000 pelajar B40 seluruh negara melalui program bantuan makanan tengah hari bernilai RM6 seorang.

Lokasi sekolah-sekolah yang terpilih ini semuanya mempunyai paling kurang 90% pelajar dari keluarga B40. Dan semua sekolah ini di kawasan bendang-bendang sawah.

Kebaikan terus kepada keluarga pesawah.

Kebaikan tak lansung dari sudut ekonomi kepada kantin-kantin yang menyediakan makanan ini. “Circulation of money to improve local economy”

Cukuplah menjadi rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui sebuah hakikat seorang negarawan.

Saya bukan ingin memuji, tetapi beliaulah Abdul Rahman Bin Auf bagi negara ini.

Tidak patut kita keji sedangkan pahalanya jauh lebih banyak dari kita. Selamat beramal.

Itu belum cerita lagi Universiti Albukhary di Alor Setar yang diasaskan oleh TS Syed Mokhtar, pembelajaran secara percuma buat golongan miskin terutama bangsa kita dan umat Islam di negara lain.

Roti Gardenia yang kita makan, halal toyyiban, berebut rebut hendak dibeli, milikan seorang muslim demi jaga darah daging dari sumber makanan yang tidak syubhah.

Jasa yang tidak didendang.

Anwar Mahu Syed Mokhtar 'Henti Hisap D4rah’ Pesawah Miskin. Tapi Tak Ramai Tahu Kebaikan Tan Sri Syed Bukhari Selama Ini

Reaksi netizan

“Syed Mokhtar saja yang tinggal sebagai Billionaire Melayu dalam list. Itupun nak dikacau? Yang monopoli minyak bila nak kacau?”

“sy anatara penerima pakej tuisyen al bukhary utk spm tahun 2002…terima kasih Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary”

“sy slalu ikuti perkembangan TS Syed Mokhtar…sangat teringin bertemu beliau bersembang tentang kehidupan beliau…tersangatlah hebat di mata sy….insyallah Allah akan balas semua jasa nya di sana kelak”

Anwar Mahu Syed Mokhtar 'Henti Hisap D4rah’ Pesawah Miskin. Tapi Tak Ramai Tahu Kebaikan Tan Sri Syed Bukhari Selama Ini

Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Malaysia sememangnya telah melahirkan ramai usahawan dan jutawan berjaya. Pernahkah anda mengenali Tan Sri Mokhtar Al Bukhary?

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah antara jutawan Melayu yang berjaya dan telah memiliki aset sekitar RM167 billion dan memiliki yayasan serta universiti miliknya sendiri.


Posting Komentar untuk "Anwar Mahu Syed Mokhtar ‘Henti Hisap D4rah’ Pesawah Miskin. Tapi Tak Ramai Tahu Kebaikan Tan Sri Syed Bukhari Selama Ini"