Ketika itu kami cuma berharap dia selamat sahaja masa itu malah tidak sempat untuk menawarkan makanannya kepadanya.
Insiden yang melekat di minda Mosyuki itu membuatnya tersentak apabila pada malam Isnin mereka membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.
Mosyuki memberitahu dia menjadi tidak senang duduk dan rasa berdebar kerana teringatkan wanita yang datang ke kedai mereka.
Tidak berlengah, dia terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis, Shah Alam.
“Sebab perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis.
“Polis kata pemakaian dia sama macam masa dia hilang. Pakai jaket apa semua,” ujarnya.
Sementara itu, Mosyuki berkata, meskipun belum dipastikan wanita yang hadir ke restorannya itu adalah Zalina namun dia terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.
“Pertama kali saya tengok orang takut besi. Saya bimbang wanita ini pernah kena culik ke atau diseksa ke sampai trauma dengan besi.
“Dia pegang duit macam itu sahaja, tiada dompet atau barangan lain. Kasut pun pakai tidak betul sebab tali tidak berikat,” katanya.
POLIS mengesahkan wanita mirip Zalina Azman yang didakwa singgah ke sebuah kafe di Seksyen 9 pada Ahad lalu bukan bekas personaliti televisyen tersebut sebaliknya adalah gelandangan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditemu bual dengan Buletin 9 pada Rabu memaklumkan perkara itu selepas membuat semakan dan berkunjung ke lokasi berkenaan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
“Selepas berita hebahan kehilangan Zalina Azman kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.
“Bagaimanapun selepas kita buat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan mendapati bukan orang yang kita cari.
“Memang ada jumpa tetapi wanita itu adalah gelandangan dan bukannya Zalina Azman,” katanya.
Terdahulu, mStar melaporkan pemilik kafe di Seksyen 9 Shah Alam mendakwa wanita mirip Zalina muncul di restoran miliknya kira-kira pukul 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Insiden itu diceritakan oleh Mosyuki Borhan di Twitter miliknya pada Selesa selepas tersentak membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.
Meskipun tidak dapat dipastikan wanita yang hadir ke kafe itu adalah Zalina namun lelaki itu terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.
Kehilangan Zalina masih menjadi misteri.
Sementara itu, Mohd Iqbal turut memaklumkan belum merakam percakapan individu yang mendakwa melihat kelibat Zalina namun akan meneliti rakaman kamera litar tertutup berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Posting Komentar untuk "SYABAS PDRM, ZALINA ASMAN BERJAYA DITEMUKAN"