Dituduh eksploitasi Aqish, Bros Gang selar kenyataan NGO -“Selama ni korang mana”
Pendedahan tersebut dibuat di podcast Bros Gang dan mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata simpati dengan nasib yang menimpa pelakon terbabit serta ibunya.
NGO keluar kenyataan
Walau bagaimanapun, selepas isu ini tular, Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang menemu bual pelakon berkenaan bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon terbabit adalah satu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.
Polis sedang buat siasatan, fokus kepada topik bukan host
Susulan daripada itu, Bros Gang memaklumkan bahawa pihak polis sedang membuat siasatan dan selebihnya kita sama-sama berdoa untuk keadilan.
Tambah mereka lagi, pihak Bros Gang sama sekali tidak mengejar views dan fokus mereka adalah tentang kemanusiaan. Mereka juga akui terkejut dengan pendedahan Puteri Balqis namun tetap bertanyakan terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau pun tidak pendedahan terbabit disiarkan.
Jadi, mereka meminta agar semua pihak supaya fokus kepada topik utama pendedahan tersebut dan bukan fokus kepada mereka seperti mencari salah siapa.
Kenapa baru sekarang muncul?
Dalam pada itu, mereka juga sempat bertanya mengapa baru sekarang pihak-pihak NGO tampil sedangkan kes seperti ini sudah lama berlaku dan bukan hanya terjadi kepada pelakon itu sahaja.
“Hidup ni tak semestinya mereka saja betul?
Puteri Balqis dan Bros Gang telah buat laporan polis
Dalam pada itu, Bros Gang juga berkongsi laporan polis yang telah dibuat oleh pelakon terbabit setelah banyak pihak sebelum ini mempertikaikan mengapa mereka tidak membuat sebarang laporan berhubung jenayah tersebut.
Terdahulu, tular juga satu dakwaan mengatakan bahawa bapa kepada Puteri Balqis telah membuat laporan polis bagi menafikan semua pendedahan yang dibuat oleh pelakon itu di sebuah podcast.
Selain dari melakukan gangguan seksual, pelakon berusia 15 tahun itu juga mendedahkan beberapa lagi kerja jahat bapanya sehingga hidup dia dan ibu merana.
Posting Komentar untuk "Dituduh eksploitasi Aqish, Bros Gang selar kenyataan NGO -“Selama ni korang mana”"