Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Zakiah Anas Dedah Kejadian Aneh Berlaku Sblum Zalina Azman Hilang. Pak Nil & Adiba Ras Turut Bersuara

Dia seorang sahabat yang sangat baik dan kami semua sayangkan dia,” demikian luah penyampai dan bekas personaliti TV3, Zakiah Anas.

Beliau mengulas mengenai sahabatnya, Zalina Azman yang diberitakan hilang sejak November tahun lalu.

Zakiah berkata, dia terkejut apabila berita kehilangan Zalina tular, memandangkan beliau baik dengan semua orang.

“Kami cuba menghubungi Zalina, selama ini. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya.

“Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.

“Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat. Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.

“Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat laporan polis.

“Rupa-rupanya dalam masa tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Tambah Zakiah, kali terakhir bertemu dengan Zalina sebelum sahabatnya itu berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.

“Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika Zalina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan.

“Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan Zalina.

“Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.

“Dengan rakan lain, walaupun tak jumpa, kami masih berhubungan. Malah, Zalina juga tiada laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana dia sangat ‘low profile’. Kawan baiknya, Ras Adiba dan Datin Nor Azlina Redzuan juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.

Sehubungan itu, Zakiah tidak menafikan, dia sedih mendengar berita kehilangan sahabat baiknya itu.

“Kami tiada isu dengan Zalina. Dia seorang yang sangat baik dan semua orang sayang dan sukakannya.

“Dia bukanlah seorang yang dibenci. Jujurnya, memang ada persoalan di mana Zalina sebab lama tak jumpa setiap kali ada pertemuan dengan rakan-rakan.

“Saya ada cuba hubungi Zalina, tetapi tak dapat ketika mahu berkahwin pada 2012.

“Ada juga rakan-rakan yang mengatakan pernah berjumpa dengannya di Shah Alam pada 2019. Diharapkan, Zalina segera ditemui, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, rakan-rakan Zalina seperti Datuk Aznil Nawawi dan Ras Adiba meminta orang ramai membantu mencari sahabat mereka itu.

Menerusi tiga hantaran dalam laman Instagram (IG), Ras Adiba meminta Zalina segera pulang.

“Di mana awak Zally? Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.

Aznil pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rakan seperjuangannya menghubungi pihak polis.

“Siapa yang ada maklumat di mana kawan Pak Nil, Zalina Azman berada tolong hubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Sabturia 03-55194622,” tulisnya dalam IG.

Terdahulu, polis sedang giat mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Posting Komentar untuk "Zakiah Anas Dedah Kejadian Aneh Berlaku Sblum Zalina Azman Hilang. Pak Nil & Adiba Ras Turut Bersuara"