Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

T4kut Dimar4hi k3luarga, r3maja Bu4ng bayi baru lahir Hampir di sarang semut(S4DIS

KEMAMAN – Seorang remaja yang dipercayai terlalu takut dimarahi keluarga tergamak membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di atas pasir di bahagian belakang rumah keluarganya di Kampung Geliga, Chukai, awal pagi Khamis.

Remaja berusia 18 tahun dikatakan melahirkan bayi yang cukup sifat itu di dalam tandas rumah sebelum mengambil keputusan membuang bayi itu.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi dalam keadaan berbogel dan masih lagi terdapat kesan darah hanya disedari salah seorang penghuni rumah terbabit kira-kira jam 5.30 pagi sebelum memaklumkan kepada jiran terdekat.

"Bayi dalam keadaan sihat itu dibersihkan sebelum dihantar ke Hospital Kemaman manakala kejadian itu dimaklumkan kepada polis kira-kira jam 5.31 pagi.

"Siasatan seterusnya mendapati jarak bayi yang masih bertali pusat dibuang iaitu kira-kira 0.5 meter dari rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, soal siasat dijalankan mendapati suspek mengaku melahirkan bayi tersebut tanpa pengetahuan keluarganya dan meletakkan bayi itu di lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan sihat tetapi suspek masih kelesuan dan keletihan mungkin disebabkan kesan baru bersalin," katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan dan permohonan reman akan dibuat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Posting Komentar untuk "T4kut Dimar4hi k3luarga, r3maja Bu4ng bayi baru lahir Hampir di sarang semut(S4DIS"