Saya Hanya Orang Luar, Tapi Anak-Anak Berhak Untuk Tahu Identiti Sebenar Dia…” – Ellie Suriaty
Menurutnya, anak-anak sering berkongsi artikel mengenai bapa mereka dengannya, justeru sebagai ibu mustahil untuk dia tidak mengendahkan perasaan yang dilalui mereka.
“Mereka selalu berkongsi pelbagai cerita dengan saya termasuk artikel tentang Azri. Bila mereka persoalkan, takkan saya nak kata ‘Mama dan Papa dah berpisah, jangan beri tahu’, that is not fair for them.
“Tentang wanita tersebut, anak-anak juga ada hak untuk ambil tahu sebab berkaitan bapa mereka. Namun, bila cari, tak jumpa pula tentang dirinya dalam carian internet
“Dia pun tak pernah bawa anak-anak bertemu dengan wanita tersebut. Individu itu wujud tetapi tidak tahu identitinya sehingga hari ini. Bila timbul banyak kekeliruan sebegini, anak-anak yang menjadi mangsa, kasihan mereka, ” ujarnya panjang lebar..
Menurut pengarah filem Saadiah itu, Ellie berkata dia tidak mahu memberi sebarang komen terhadap masalah Azri kerana statusnya kini orang luar serta bimbang sekiranya disalah erti oleh pihak lain.
“Bila saya beri komen berlebihan, pihak belah sana akan mula menyindir dan mendakwa saya mahu kembali kepada Azri, sedangkan tidak sama sekali.
“Saya pun tak boleh nak bercakap banyak dengan Azri sebab kini saya hanya orang luar dalam hidupnya.
“Kalau dia nak kahwin, semoga dia berjumpa yang lebih baik daripada saya. Namun, apabila dia mengeluarkan kenyataan yang merisaukan anak-anak, semua itu perlu dibincangkan. Keutamaan saya adalah kesihatan mental anak-anak,” jelasnya lagi.
Ellie berkata demikian selepas sidang media rancangan baharu TV3, program realiti pencarian bakat baahru dalam bidang seni lakonan, Fit For Action,
Ellie memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar bersama dua pengarah tersohor, Heykal Hanifah dan Aziz M. Osman dalam mencungkil bakal sebenar 12 peserta program disamping Datuk Yusof Haslam sebagai ketua juri.
Program realiti Fit For Action yang dihostkan oleh Fahrin Ahmad dan Hunny Madu akan mula bersiaran pada 3 September, setiap Sabtu, jam 10 malam di TV3.
Untuk rekod, Ellie dan Azri bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.
Sumber foto: NSTP/Utusan Malaysia
Posting Komentar untuk "Saya Hanya Orang Luar, Tapi Anak-Anak Berhak Untuk Tahu Identiti Sebenar Dia…” – Ellie Suriaty"