“Saya dah tiada kerja..” Isteri puIa kerja jual insurans’ Aril PiIus, Iuahan Aril Pilus kini dah 4 buIan tiada kerja
” Saya sekarang ‘jobless’ (tiada kerja).”
Itu kata-kata penyanyi dan pengacara Aril Pilus apabila program CCTV yang disiarkan di saluran Astro Ria selama tujuh tahun akhirnya ditamatkan pada Ramadan lalu.
Menurut Aril, 37, atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, dia kini lebih aktif menerusi platform digital seperti YouTube dan aplikasi TikTok bagi menjana pendapatan.
” Selepas daripada C0VlD-I9 memang cabarannya agak sukar. Selepas tujuh tahun saya membangunkan program CCTV, akhirnya program itu ditamatkan pada bulan puasa tempoh hari.
” Program itu ditamatkan sebab kita tahu situasi di televisyen ketika ini. Kalau kita tengok sekarang pun permainannya sudah berubah.
” Sekalipun anda selebriti dan nak berada lama dalam industri ini, maka kena buat dalam dua platform iaitu digital dan televisyen.
” Kita tengok sekarang ini pempengaruh media sosial tumbuh macam cendawan. Tak kira di mana platform pasti ada mereka ini.
” Jadi, sebagai seorang selebriti macam saya terkesan dan selepas program CCTV itu tamat saya memang tak ada kerja.
” Kalau kita tak mula dari sekarang untuk buat sesuatu dalam digital, kita akan rugi. Maksud saya, kita tak tahu akan datang industri ini punya permainan macam mana.
Mula aktif TikTok
” Jadi, saya mula aktif di TikTok sebab kalau tengok dalam Instagram pun permainannya dah lain. Algoritmanya pun dah berbeza.
” Tiktok ini lebih terbuka dan lebih mesra dengan dengan sesiapa saja. Sama ada selebriti atau orang biasa, kalau cuba untuk dekatkan diri dengan platform itu capaiannya lebih mesra.
” Kalau tengok Instagram macam dah lain, dia lebih kepada bisnes korporat dan sebagainya. Tapi hantaran dan apa-apa yang keluar sama,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Aril, situasi dihadapi itu memberi kesan dalam kehidupannya termasuk mengalami serangan anxiety (kecelaruan keresahan).
” Memang sesiapa saja yang mengalami situasi macam ini akan terkesan. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah bertahan dengan simpanan yang ada.
” Saya pernah alami anx1ety dan alhamdulillah ia tidak berterusan sampai sekarang. Cuma saya dapat atasi perkara ini dengan cara spir1tual.
Isteri pula kerja jual insurans
” Macam mana nak dekatkan diri dengan Allah SWT dan sebagainya. Saya jumpa juga dengan pakar psikologi. Apa yang memberikan saya semangat untuk terus bertahan adalah keluarga.
” Isteri saya bekerja sebagai pramugari pun cakap industri penerbangan ‘jahan4m’ sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
” Sekarang ini dia bersama syarikat insurans dan saya cakap dengan dia tak apa teruskan. Kita sokong satu sama lain. Tidak ada masa untuk tunggu, kalau kita tak buat sesuatu kita akan tenggelam,” katanya.
Dalam masa sama, Aril berkongsi buat masa ini dia bersama rakannya juga pengacara Alif Farhan sedang giat mengembangkan saluran YouTube mereka menerusi program Gila Geng.
Gila Geng adalah platform untuk siapa saja selebriti yang ingin mempromosikan lagu, drama dan sebagainya.
Tak akan pinjam duit orang
Tambah Aril, meskipun keadaan tiada punca pendapatan tetap, ia bukan alasan untuk dirinya menagih simpati orang, malah tidak terdesak meminjam wang daripada rakan terdekat.
” Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu.
” Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan.
” Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.
” Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini.
” Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu. Tak nak pinjam meminjam ini,” katanya.
Ada hasrat ceburi bidang akademik
Jelas Aril, walaupun reda kehilangan pekerjaaan, dia tidak putus semangat untuk bangkit melakukan sesuatu, apalagi dia mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
” Saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.
” Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula.
” Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?
” Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival,”katanya.
Untuk info, Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 7.
Biodata Ringkas Aril Pilus
Nama Penuh: Khairil Azam Pilus
Nama Komersil: Aril Pilus
Umur: 33 tahun (2018)
Tarikh Lahir: 15 November 1985
Zodiak: Scorpio
Asal: Melaka
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Pengacara, Deejay Radio, Penyanyi & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Lagu/Single: Menatap Matamu, Toksik Ganjil, Anugerah Terindah, Kembali Senyum, Bangkit, Lelaki Pujaan (duet bersama Mila Jirin), Hanya, Kisah Kita Berdua (duet bersama Akim Ahmad & Mila Jirin), Tulus (duet bersama Terry) Bintang & Kelompang, Cari Aku, Menggeletar dan banyak lagi.
TV Show: CCTV, Trek Selebriti, Ceria Superstar 2, Nostagia 69, Di Mana Joe Jambul (2012), Tren-D dan banyak lagi.
Drama/Telefilem: Kau Dan Aku, Kau Dan Aku 2 & Shuffle Milikku.
Sumber:hmetr0 dan utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Posting Komentar untuk "“Saya dah tiada kerja..” Isteri puIa kerja jual insurans’ Aril PiIus, Iuahan Aril Pilus kini dah 4 buIan tiada kerja"