"Lah comel kenapa tak Nak" Noh Yg Tanya.. Sayang Bila Nak Pakai Hijab?..”- Luahan Mizz Nina Tentang Noh Hujan Buat Ramai Sebak
Jumpa lelaki yang baik
Susulan berita penceraian itu, tular kembali video temu bual Mizz Nina bersama Eksklusif OWH! MG yang dirakam pada 1 November 2019.
Menerusi video itu, Mizz Nina meluahkan rasa syukur apabila Allah SWT pertemukan dirinya dengan vokalis kumpulan Hujan.
Dedah aktivis kemanusiaan itu, dia pernah berputus asa untuk berkahwin ketika umurnya 31 tahun kerana belum bertemu dengan jejaka yang baik peribadi.
Alhamdulillah saya dapat kahwin dengan Noh, suami saya pada 2011. Sebelum itu saya rasa umur dah 31 tahun, mungkin dah tak jumpa lelaki yang baik.
Tak ada lelaki baik dekat sana, maaf semua (sambil ketawa). Tetapi, apabila saya putus asa dengan perkahwinan tiba-tiba Allah SWT kenalkan saya dengan seorang lelaki yang sesuai dengan saya dan keluarga. Alhamdulillah..
Sayang bila nak pakai hijab?
Kata penyanyi berumur 42 tahun, Noh menjadi tonggak utama penghijrahan dirinya selain keluarga dan rakan-rakan.
Dalam pada itu, pemilik nama Shazrina Azman memberitahu Noh pernah bertanya bila dia akan bertudung namun balasnya masih belum bersedia pada ketika itu.
Dari situ, saya rasa nak berhijrah penting untuk ada sokongan kuat daripada keluarga, rakan dan orang yang percaya dengan kita. Orang yang nampak kita cantik ketika berhijab, jom kita sembahyang, jom kita puasa.
Alhamdulillah suami saya membawa pengaruh yang besar. Dia yang tanya, ‘sayang bila nak pakai hijab?’ Masa itu pada tahun 2011, saya balas belum bersedia lagi, ada album, nak buat muzik video.
Tetapi disebabkan dia tanya soalan itu membuatkan saya tertanya. ‘Oh kenapa kena pakai hijab? Macam ni ka?’ Alhamdulillah selepas kahwin denga Noh, saya mula sembahyang lima waktu.
Walaupun anda nampak saya di atas pentas macam itu (buat persembahan), orang tak nampak struggle dalam diri saya.
Difahamkan, Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos.
Pada 13 Julai lalu, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah.
Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Posting Komentar untuk ""Lah comel kenapa tak Nak" Noh Yg Tanya.. Sayang Bila Nak Pakai Hijab?..”- Luahan Mizz Nina Tentang Noh Hujan Buat Ramai Sebak"