Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Klau Awak Anggap Mvsuh, Biar Seorng Jgn Ajak Kwn..”- Ajak Shiro ‘S0und’ Shahrol Gara2 Isu Fizi Ali

Kenyataan daripada Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang berasa terkilan dengan tindakan Fizi Ali berhijrah ke stesen lain pada  saat akhir telah menarik perhatian ramai.

Menurut DJ Lin, apa yang dilakukan oleh Fizi telah menyebabkan Suria FM kerugian RM50,000 kerana perlu merombak beberapa kerja berkaitan Jelajah 90 Suria.

Namun begitu, Fizi telah memohon maaf dan mengakui silap dengan apa yang berlaku sehingga membuatkan Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Berita Harian 2021 berasa terkilan.

Shahrol terkilan stesen radio keluar kenyataan neg4tif

Akan tetapi, menerusi perkongsian pelawak dan juga bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro, dia merasakan tindakan stesen radio berkenaan sebagai tidak profesional kerana mengeluarkan kenyataan bersifat negatif kepada bekas penyampai di stesen radio tersebut.

Menurut ahli kumpulan Shiro, kenyataan seperti itu seakan memburukkan bekas penyampai dan dia antara yang pernah terkait dalam isu tersebut.

Dia juga mengatakan tindakan Fizi itu satu keputusan yang bijak kerana tempat barunya menduduki ranking yang lebih baik melihat dari jumlah pendengar.

Akan tetapi, perkongsian yang dibuat Shahrol itu telah mengundang pelbagai komen daripada bermacam pihak. Salah satunya adalah dari Ajak Shiro yang juga rakan satu kumpulannya dan penyampai di Suria FM.

Ajak persoalkan kenyataan Shahrol

Dalam komen yang dibuat, Ajak telah mempersoalkan mengapa sahabatnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Dia juga meminta supaya Shahrol membuat sesuatu yang lebih berkualiti, menyatupadukan dan bukan bertindak melaga-lagakan mana-mana pihak.

Nampaknya, Shahrol juga membalas komen dari Ajak dengan menafikan dia mahukan ‘sportlight’ kerana bersuara hanya  mahukan diri mereka tidak ditindas sama sepertinya dahulu.

Ingatkan kembali ‘pengalaman’ dulu

Tambahnya, tindakan dia berundur dari stesen radio berkenaan sedikit sebanyak memeri ‘rezeki’ buat sahabatnya itu kerana menggantikan posisi tersebut.

Shahrol juga memaklumkan yang andai kata Ajak ditindas, dia juga akan sama-sama bangkit bersuara demi mempertahankan sahabatnya.

Tindakan mereka yang sedikit berbalah di ruangan komen telah membuatkan netizen mulai bertanya-tanya adakah mereka berdua sudah tidak akrab seperti dahulu.

Peminat berdoa supaya apa yang terjadi tidak merenggangkan hubungan mereka yang diketahui merupakan peneraju kepada kumpulan Shiro yang sudah dibina bertahun-tahun.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Posting Komentar untuk "Klau Awak Anggap Mvsuh, Biar Seorng Jgn Ajak Kwn..”- Ajak Shiro ‘S0und’ Shahrol Gara2 Isu Fizi Ali"