Khabar duka, lsteri mengandung anak pertama, Suami meninggal dunia kemalangan tercampak keluar dari lori. Salam takziah buat keluarga
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Difahamkan kemalangan tersebut turut menyebabkan dua kenderaan lain tidak sempat mengelak lalu merempuh lori berkenaan dari belakang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.
“Difahamkan lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. Kereta jenis Grand Livina dan Proton Wira kemudiannya melanggar lori itu dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujarnya lagi, anggota bomba kemudiannya membantu pihak polis dan pasukan perubatan mengendalikan mangsa yang cedera.
Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurut rakan kenalan, mangsa merupakan seorang suami dan baru sahaja bekerja sebulan di tempat kerjanya.Tambanya lagi, isteri mangsa pula tengah dalam tempoh berpantang.
“Kawan sama tempat isi barang….sedekahkan al- fatihah ( dibaca ). Arwah baru sebulan bekerja.”
UPDATE : Pembetulan info, menurut kakak kepada mangsa, isteri mangsa bukan dalam tempoh berpantang sebaliknya tengah mengandungkan anak pertama lapan bulan. Pihak kami memohon maaf atas kesilapan info dari orang awam yang juga rakan kenalan arwah seperti di tulis di ruang komen di atas.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Media Tular
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
Posting Komentar untuk "Khabar duka, lsteri mengandung anak pertama, Suami meninggal dunia kemalangan tercampak keluar dari lori. Salam takziah buat keluarga"