Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

[Terkini] Jasad ditemui terapung, ” Abang Othman lemas jatuh ke Tasik Gubir ketika memancing ” (5Gmbr)

Sik : M4ngsa lem4s ketika keluar memancing di Tasik Gubir dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyel4mat (SAR) kira-kira jam 3 petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, m4ngsa dikenali Othman Abdul Ghani, 49, ditemukan ter4pung tidak jauh dari lokasi terakhir bot dikesan terbalik.

Menurutnya, m4ngsa ditemukan dalam keadaan lengkap berbaju serta beg pinggang masih di badan.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Abd Kadir berkata, anggota bomba menemui m4ngsa dalam jarak kira-kira 500 meter dari lokasi bot terbalik.

Menurutnya, anggota mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk proses membawa balik m4ngsa ke Jeti Pendaratan Ikan Gubir sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Bot m4ngsa tidak karam di mana telah ditemui dan ditambat oleh nelayan yang melakukan operasi pencarian sejak pagi Khamis.

Pada hari ini, kita turut membawa balik bot yang dinaiki m4ngsa yang ditambat di lokasi kejadian naik ke darat,katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

SH sebelum ini melaporkan, m4ngsa terjatuh dari bot ketika keluar menangkap ikan bersama anak saudara, Muhammad Khairul Badri Mahyuddin, 28, pada petang Rabu.

Dalam kejadian itu, bot yang dinaiki mereka berlanggar bongkah kayu menyebabkan m4ngsa terjatuh dan hilang.

Muhammad Khairul dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing tasik manakala Othman yang dikatakan tidak pandai berenang, gagal ditemui.

Muhammad Khairul bagaimanapun diselamatkan nelayan yang melalui kawasan itu pada jam kira-kira 7.30 pagi Khamis sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

SAR dimulakan pada Khamis dan bersambung pada hari kedua, Jumaat sebelum m4yat m4ngsa ditemukan, M4yat dihantar ke Hospital Sik untuk proses bedah siasat.Al fatihah.

Posting Komentar untuk "[Terkini] Jasad ditemui terapung, ” Abang Othman lemas jatuh ke Tasik Gubir ketika memancing ” (5Gmbr)"