Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Tepuk dahi dibuatnya.." - Kanak-kanak lompat atas tengkuk pengantin ketika lafaz akad buat ramai berdekah

Karenah si cilik kadang-kadang membuatkan orang dewasa terhibur, walaupun ada kalanya tindakan mereka sukar dikawal, namun sedikit sebanyak mengajar orang yang lebih tua supaya bersikap sabar dan memahami telatah mereka.

Hal ini sama seperti perkongsian yang tular di aplikasi TikTok bernama @aribfitri_ memuat naik momen lucu sewaktu berada di majlis pernikahan.


Mana tidaknya, secara tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan telah melompat ke tengkuk pengantin lelaki yang ketika itu sedang berdebar kerana berhadapan dengan tok kadi untuk melafazkan akad.

Suasana menjadi gamat apabila masing-masing tertawa melihat gelagat kanak-kanak berkenaan yang hanya sekali lompatan sudah berada di atas tengkuk pengantin lelaki tersebut.

Perkongsian tersebut telah ditonton lebih dari 3 juta tontonan dan rata-rata netizen mengakui terhibur dengan situasi spontan berkenaan.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyatakan bahawa karena kanak-kanak tersebut sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan gemuruh pengantin lelaki untuk bergelar suami dalam beberapa detik lagi.






SUMBER : TikTok @aribfitri_

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik


Posting Komentar untuk ""Tepuk dahi dibuatnya.." - Kanak-kanak lompat atas tengkuk pengantin ketika lafaz akad buat ramai berdekah"