Pelakon Lufya Omar Kenal Wanita der4 Kanak2, Rupanya Ada Sesuatu Berlaku Dgn Dirinya Sblm Mender4
Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kejam melakukan penderaan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.
“Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.
“Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.
Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada mStar.
Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.
Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.
“Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.
Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.
“Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah,” jelasnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.
Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Posting Komentar untuk "Pelakon Lufya Omar Kenal Wanita der4 Kanak2, Rupanya Ada Sesuatu Berlaku Dgn Dirinya Sblm Mender4"