Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

China Tak Benarkan Umat Islam Solat Raya Aidiladha Di Masjid


Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 06 Julai 2022 – Kerajaan China tidak membenarkan umat Islam di sana untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Ini berikutan masjid-masjid di sana masih ditutup akibat pandemik COVID-19, kata Persatuan Muslim Cina (Chinese Muslim Association) seperti dalam Berita Harian.

“Malangnya untuk Aidiladha tahun ini kami tidak dapat menunaikan solat sunat raya kerana masjid di Beijing masih ditutup akibat wabak itu,” kata seorang pentadbir dari persatuan itu.

Selain itu, seorang imam di salah sebuah masjid memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha di China akan disambut berbeza mengikut setiap wilayah dan bandar di negara itu.

Jie Gate (Hari Raya Korban) di Beijing adalah pada 10 Julai.”

Walau bagaimanapun, sebahagian dari Muslim di Wilayah Autonomi Qinghai akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Sabtu, 9 Julai 2022.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di China selalunya disambut dengan lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Penduduk Islam terutamanya di Xinjiang, Qinghai dan Ningxia menyambut Aidiladha dengan menyembelih haiwan korban dan mengagihkan daging kepada komuniti setempat.

Posting Komentar untuk "China Tak Benarkan Umat Islam Solat Raya Aidiladha Di Masjid"