Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

video) Tak Siap Kerja Sekolah, Seorang Ibu Bertindak Mengikat dan Menjemur Anak Sehingga Melecur Kulit

Gara-gara tak siapkan kerja sekolah, seorang ibu di India dilaporkan terg4mak mengikat kaki dan tangan anak perempuannya yang berusia lima tahun serta ‘menj3mur’ kanak-kanak itu di bawah p4nas terik m4tahari.

Memetik laporan India Today, tindakan itu dilakukan sebagai hukvman kerana tak siapkan kerja sekolah terhadap kanak-kanak tersebut. Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas video kejadian itu tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Difahamkan, kejadian itu telah berlaku di Khajuri Khas, Tukmirpur, Delhi. Menerusi video yang tular, kanak-kanak perempuan itu dilihat berada dalam keadaan terb4ring di atas bumbung rumah dengan tangan diikat.

Dia juga menjerit kesakitan dan berg3lut untuk melepaskan diri kerana cuaca yang terlalu p4nas. Keadaan itu juga menyebabkan kulitnya kelihatan mel3cur.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit berkata bahawa dia terp4ksa menghvkum anaknya selama lima hingga tujuh minit kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Selepas video tersebut tular, polis Delhi memaklumkan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil.

“Selepas video seorang kanak-kanak perempuan yang diikat di atas bumbung rumah tular di media sosial, semua usaha telah dilakukan oleh Polis Delhi untuk mengenalpasti identiti dan keadaan m4ngsa.

“Keluarga kanak-kanak itu telah dikenal pasti dan tidakan sewajarnya telah diambil,” kata Polis Delhi.

Sumber: India Today via siakapkeli

Posting Komentar untuk "video) Tak Siap Kerja Sekolah, Seorang Ibu Bertindak Mengikat dan Menjemur Anak Sehingga Melecur Kulit"