Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – ViraI peniaga Restoran 35, maaki pelanggan di Melaka

“Ini kedai saya, saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual!” demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan insiden yang melibatkan seorang usahawan yang dihalau keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live mempromosikan produknya.

Luah wanita berkenaan, dia sebelumnya ini gemar datang ke restoran tersebut dan kali ini dia membawa keluarganya datang untuk menikmati hidangan di situ. Malangnya, layanan yang diberikan sangat mengejutkan mereka sekeluarga.

Dah order, tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar, yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel “mengatuss tak habis-habis”. Macam punca hal ni tadi dari family aku. Aku pelik le apa masalah makcik ni ek? Apa salah family aku ni?

“Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari Singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lagipun orang tua aku ni malas layan tapi bila apa yang korang dengar video tu memekik-mekik korang rasa?

“Bila mak aku bersuara, anak dia pulak menyampuk makikan mak aku,” katanya.

Beliau juga menyatakan, bil yang dikenakan ke atas hidangan mereka adalah berjumlah RM240. Pembayaran dibuat tanpa bertanya mengenai caj bagi setiap hidangan tetapi pemilik kedai tersebut masih gigih melemparkan kata-kata biadap terhadap pelanggannya.

“Dengan apa yang kami makan, bil RM240 dan tanpa tanya-tanya aku bayar jela. Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kene caj sampai RM240 tu. Kalau betul, kira halalkan. Kalau main tikam, dunia akhirat aku tak halalkan. Pandai-pandai le jawab kat sana nanti.

“Ada ke patut makcik tu kata, “Takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan’,” kata-kata pemilik kedai itu membuatkan dia benar-benar kesal.

Ujar wanita ini lagi, beliau berasa malu dengan sikap dan tindakan pemilik kedai ini yang telah membawa imej buruk kepada negeri tersebut.

“Malu s*** orang luar tengok dan dengar sendiri orang Melaka berniaga nak bagi orang makan dengan cara macam ni. Walaupun orang luar tu dari Singapore sedara-mara aku, aku tetap rasa malu!”

Perkongsian itu menerima pelbagai kritikan di kalangan warganet dengan menyindir tindakan pemilik kedai di situ sebagai seorang yang terlalu ‘Melaka’, di mana cukup sinonim bertutur secara kasar.Difahamkan, pemilik kedai itu masih belum meminta maaf dari mereka seisi keluarga dari mula masuk ke kedai sehinggalah balik.

Untuk makluman, kedai ini pernah tular dengan insiden yang melibatkan seorang usahawan dihalau keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live bagi mempromosikan produknya.

Posting Komentar untuk "‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – ViraI peniaga Restoran 35, maaki pelanggan di Melaka"